Twitter

Wednesday 2 May 2012

Xperia Mini ST15i

Assalamualaikum.. hai kawan-kawan, malam ni nak story sikit lah pasal smartphone yang berlambak-lambak kat pasaran sekarang ni.. malam ni topik khas tertumpu pada telefon Sony Ericsson 'ST15i' atau lebih dikenali dengan model 'XPERIA MINI'. aku malas nak cerita panjang-panjang sangat sebab mata pun dah mengantok ni.. karang macam-macam aku merepek pulak.. hehehe.
Okey, siapa-siapa yang ada niat nak beli telefon ni aku sarankan hentikanlah niat tu.. sebab apa? haaaa.. kalau korang nak tau Xperia Mini ni memang ada banyak masalah.. salah satu isu overheating iaitu telefon cepat panas, bila cepat panas, so tau-tau jelah.. macam-macam masalah keluar.

Xperia Mini ST15i

Buat yang belum tahu, ni nak bagitau.. dulu aku guna handset ni.. tapi sekarang dah tak guna sebab mudah rosak. Bukan aku sorang je yang alami.. 1 dunia mengalami masalah macam aku ni.. memang menyirap je darah pakai xperia mini ni.. kalau korang nak tau rosak macam mana.. tengok video ni dulu. nanti korang akan paham.


Bila dah jadi macam ni.. kebiasaannya kedai taknak ambil telefon ni bila korang nak jual.. kan dah rugi. cuma ada 1 cara nak bagi elok dengan cara letak depan aircond dalam masa 10 minit. pelik-pelik je. bila kena sejuk dia elok.. tapi bila kena panas dia jadi macam ni. kalau korang nak tau lebih lanjut boleh tanya pakcik google tentang 'xperia mini overheating issue'. Dalam bulan Mei ni android 4.0 atau Ice Cream Sandwich akan keluarkan update terbarunya untuk xperi mini ni. Tak tau lah update tu boleh menyelesaikan masalah ni ke tidak. murah memang urah, tapi ni lah jadinya. Apa-apa pun, kalau taknak ambil risiko, elakkan dari beli telefon ni. Nanti korang jugak rugi macam aku ;)